Pelantikan pegawai kanan

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 FEB – Pada menjunjung titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan perkenan bagi Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Hajah Dahliana binti Haji Aliakbar dilantik menjadi timbalan setiausaha tetap, Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan.

Pelantikan pegawai berkenaan berkuat kuasa mulai 25 Februari 2021.