BANDAR SERI BEGAWAN, 31 MAC – Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, dengan ini dimaklumkan bahawa Hajah Anifa binti Haji Abdul Ghani telah dilantik sebagai pengarah Biro Mencegah Rasuah yang berkuat kuasa pada 1 April.