Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Mac – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan titah perkenan bagi Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis, Awang Mohammad Irwan bin Haji Hambali, Pemangku Sementara Timbalan Pesuruhjaya Polis untuk dilantik dan dinaikkan pangkat sebagai Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis selama enam bulan bermula 1 Mac.
Sehubungan dengan itu, Majlis Pelantikan dan Kenaikan Pangkat Pegawai Kanan Polis Diraja Brunei diadakan di Dewan Bankuet Mes Pegawai, Kompleks Ibu Pejabat Polis Diraja Brunei, Gadong, hari ini.
Hadir selaku tetamu kehormat di majlis itu ialah Pesuruhjaya Polis Dato Paduka Seri Haji Mohd Jammy bin Haji Muhd Shah Al-Islam dan isteri, Datin Hajah Kamariah binti Haji Abdul Hamid.
Turut hadir ialah pegawai-pegawai kanan Polis Diraja Brunei, jemputan khas serta ahli keluarga pegawai kanan yang diraikan.
Di majlis berkenaan, Dato Paduka Seri Haji Mohd Jammy telah menyempurnakan pelantikan dan kenaikan pangkat dengan menyampaikan tanda pangkat kepada Awang Mohammad Irwan.
Majlis diakhiri dengan sesi bergambar ramai bersama Dato Paduka Seri Haji Mohd Jammy dan pegawai-pegawai kanan Polis Diraja Brunei.


dengan Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis baru.
