Monday, December 23, 2024
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelantikan, pertukaran menteri dan pegawai kanan baru

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Nov – Atas titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Pengarah Eksekutif, Pengarah Perubatan dan ahli Lembaga Pengarah Pusat Perubatan Jerudong Park, Jerudong, Dato Paduka Dr. Haji Mohd Isham bin Jaafar dilantik menjadi Menteri Kesihatan bagi menggantikan Dato Seri Setia Dr. Haji Zulkarnain bin Hanafi.

    Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Baginda juga telah mengurniakan titah perintah bagi pelantikan dan pertukaran beberapa orang pegawai kanan.

    Pelantikan dan pertukaran termasuk Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Haji Abdul Manap bin Othman menjadi Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan bagi menggantikan Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan, Haji Zakaria bin Haji Seruddin yang ditukar ke Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan sebagai Pegawai Tugas-tugas Khas Kanan.

    Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan, Dr. Awang Hazri bin Haji Kifle ditukar ke Kementerian Pendidikan sebagai Pengarah Perancangan, Perkembangan dan Penyelidikan.

    Manakala itu,Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan, Datin Paduka Dr. Hajah Maslina binti Haji Mohsin ditukar ke Kementerian Hal Ehwal Ugama sebagai Pegawai Tugas-tugas Khas Kanan.

    Pelantikan-pelantikan dan pertukaran berkenaan berkuat kuasa mulai 1 Disember 2017.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda