Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Pelantikan Timbalan Menteri Tenaga baharu

    Dato Seri Paduka Haji Matsatejo. – Gambar JPM

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 OKT – Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dengan ini dimaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah mengurniakan titah perintah supaya lantikan Dato Seri Paduka Haji Matsatejo bin Sokiaw sebagai Timbalan Menteri (Tenaga) di Jabatan Perdana Menteri (JPM), diberhentikan dengan serta-merta.

    Berikutan dengan itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia sukacita melantik Timbalan Pengarah Urusan Syarikat Minyak Shell Brunei Sdn Bhd, Haji Mohammad Azmi bin Haji Mohd Hanifah menjadi Timbalan Menteri (Tenaga) di JPM iaitu bagi menggantikan Dato Seri Paduka Haji Matsatejo.

    Kebawah Duli Yang Maha Mulia seterusnya sukacita melantik Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Brunei LNG, Hajah Farida binti Dato Seri Paduka Haji Talib menjadi Setiausaha Tetap (Tenaga) di Jabatan Perdana Menteri.

    Tarikh penamatan dan pelantikan individu-individu berkenaan berkuat kuasa mulai 24 Oktober.

     

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...