Sunday, May 19, 2024
29.8 C
Brunei

    -

    Pelari pecut Malaysia mampu catat rekod baharu

    KUALA LUMPUR, 13 FEB – Pelari pecut sensasi negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi berada dalam landasan tepat untuk merekodkan masa 6.50 saat bagi acara 60 meter pada masa depan.

    Keyakinan itu diungkapkan bekas raja pecut Asia Tenggara, Nazmizan Muhammad berdasarkan momentum dimiliki jaguh pecut berusia 18 tahun itu yang mempamerkan larian menakjubkan dengan catatan 6.62 saat pada kejohanan Tiger Paw Invitational, Jumaat lepas sekali gus memecahkan rekod kebangsaannya sendiri.

    Saingan final di Universiti Clemson, South Carolina itu menyaksikan Muhammad Azeem yang mewakili Universiti Auburn mencatat 6.62 saat menamatkan saingan di tempat kelima, sekali gus memperbaharui rekod kebangsaan miliknya sendiri iaitu 6.63 saat pada kejohanan 2023 Texas Tech Open, bulan lepas. Nazmizan berkata atlet dari Perak itu boleh dianggap bertuah kerana penyertaannya dalam banyak kejohanan di Amerika Syarikat secara tidak langsung dapat membantunya meningkatkan prestasi larian.

    Memandangkan Muhammad Azeem telah menghasilkan pencapaian membanggakan baru-baru ini, Nazmizan berkata semua peminat sukan tanah air pastinya ternanti-nanti sama ada juara Sukan Malaysia ke-20 itu mampu memecahkan rekod kebangsaan 100 meter miliknya sendiri selepas ini.

    Ogos lepas, Muhammad Azeem memecahkan rekod kebangsaan 100 meter milik juara Sukan SEA 2017, Khairul Hafiz Jantan dengan 10.18 saat menerusi catatan 10.09 saat ketika mengungguli saringan lapan, pusingan kelayakan di Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun di Cali, Colombia. – Bernama

    Muhammad Azeem dijangka bakal memecahkan rekod masa bagi acara 60 meter pada akan datang. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia cipta AI boleh klasifikasi tumor otak lebih cepat, tepat

    CANBERRA, 19 MEI - Pasukan penyelidik dari Universiti Kebangsaan Australia (ANU) telah membangunkan alat kecerdasan buatan (AI) untuk mengklasifikasikan tumor otak dengan lebih cepat...