Sunday, June 30, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Pelari pecut negara, Noor Firdaus terlepas aksi akhir

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 MEI – Atlet Negara Brunei Darussalam, Muhammad Noor Firdaus Ar-Rasyid bin Haji Mohd Idris terlepas tempat ke peringkat akhir acara 200m pada Sukan Asia Tenggara (SEA) ke-32 di Stadium Nasional Morodok Techo di Phnom Penh, Kemboja, semalam.

    Pelari pecut negara itu mencatat masa 21.65 saat dalam saingan ke-2 untuk menamatkan saingan di luar kedudukan kelayakan.

    Sementara itu, Abdul Hakeem Ismail menamatkan saingan dengan catatan masa 23.02 saat.

    Lapan atlet terbaik layak ke pusingan akhir dengan atlit pilihan Indonesia, Lalu Muhammad Zohri turut bersama mereka dengan catatan masa 21.13 saat.

    Soraoat Dapbang dari Thailand mendahului kumpulan pelari yang layak dengan catatan masa 20.74 saat diikuti oleh Ngoc Nghia Ngan dari Vietnam dan Puripol Boonson dari Thailand dengan masa 21.09 saat.

    Pada pusingan akhir, Soraoat memenangi emas dengan catatan masa 20.62 saat, manakala Ngoc Nghia Ngan dari Vietnam meraih perak dengan catatan masa 20.84 saat dengan Lalu Muhammad Zohri dari Indonesia berjaya meraih gangsa dengan catatan masa 21.02 saat.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China pecat bekas menteri pertahanan

    BEIJING, 28 JUN - Bekas menteri pertahanan China, Li Shangfu telah dipecat daripada Parti Komunis yang memerintah kerana menyebabkan ‘kerosakan besar kepada puncanya’ melalui...