BANGKOK, 29 Nov – Seorang lelaki iaitu bekas pemain bola sepak kebangsaan Bahrain, yang mendapat status pelarian di Australia setelah melarikan diri dari tekanan politik di negara Teluk itu, telah ditahan di Bangkok, menurut kumpulan hak asasi hari ini.
Hakeem Alaraibi pernah ditahan pada 2012 dan didakwa dua tahun kemudian tanpa hadir di mahkamah berhubung dakwaan merosakkan sebuah balai polis sebagai sebahagian tindakan keras kerajaan terhadap bantahan yang diilhamkan oleh Kebangkitan Arab.
Lelaki itu berkata dia sedang beraksi dalam satu perlawanan ketika didakwa melakukan jenayah berkenaan, telah diberikan status pelarian di Australia pada 2017, di mana dia beraksi bagi kelab semi profesional Pascoe Vale FC, menurut Institut Hak Asasi dan Demokrasi Bahrain (BIRD).
Dia ditahan di lapangan terbang Suvarnabhumi Bangkok pada Selasa semasa mengadakan lawatan peribadi, menurut kumpulan berkenaan, dikhuatiri dia akan dihantar kembali ke Bahrain atas satu notis merah Interpol, satu permintaan yang perlu dipatuhi bersama waran tangkap antarabangsa.
Sementara itu, AFP tidak dapat menghubungi nombor telefon peribadi Alairaibi, namun dalam satu rakaman temu bual dari bilik tahanan lapangan terbang yang disiarkan oleh saluran TV Australia, SBS berkata dia dikehendaki untuk kembali ke Australia.
“Mereka mahu bunuh saya di Bahrain,” katanya.
Manakala, imigresen Thailand tidak mengeluarkan sebarang kenyataan apabila diminta berbuat sedemikian.
Bahrain, sebuah negara Ahli Sunah Wal Jemaah, yang menempatkan armada Amerika Syarikat yang kelima, telah berdepan bantahan Kebangkitan Arab yang dilancarkan oleh majoriti penduduk berpenganut Syiah. – AFP