SYDNEY, 5 Nov – Australia hari ini tidak mengendahkan tawaran baru New Zealand untuk menempatkan semula 150 pelarian yang ditahan di kem terpencil Pasifik, meskipun penutupan sebuah pusat tahanan di Papua New Guinea yang telah mencetuskan pertengkaran di antara tahanan dan pihak berkuasa.
Canberra telah dipaksa mempertahankan diri oleh tindakan daripada kerajaan baru New Zealand, dengan Perdana Menteri Malcolm Turnbull berkata Australia akan mengutamakan satu perjanjian yang sama dengan AS untuk menempatkan semula pelarian di Amerika, meskipun perkembangan yang perlahan.
Isu tersebut timbul semula apabila perdana menteri konservatif Australia bertemu dengan rakan sejawatan New Zealand Jacinda Ardern untuk kali pertama hari ini di Sydney.
Tekanan untuk menempatkan semula pelarian meningkat selepas pusat Australia di Pulau Manus PNG ditutup pada Selasa setelah Mahkamah Agung negara memutuskan ia tidak mengikut perlembagaan.
Kira-kira 600 tahanan enggan meninggalkan tempat berkenaan memetik kebimbangan keselamatan jika mereka berpindah ke pusat sementara di mana penduduk tempatan yang dilaporkan bersikap ganas.
Namun keadaan di kem semakin merosot dengan makanan dan air dan bekalan elektrik diputuskan, dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengingatkan tentang krisis kemanusiaan. – AFP