Saturday, June 10, 2023
27.6 C
Brunei

    -

    Pelatih PPB beramal di Masjid Kg Menunggol

    Gambar serahan PPB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 APRIL – Sembilan orang pelatih di bawah Kursus Kemahiran Plumbing & Pipe Fitting dan Kursus Kemahiran Air Conditioning & Refrigeration Maintenance di Pusat Pembangunan Belia (PPB) serta empat tenaga pengajar telah menyertai kempen di Masjid Kampung Menunggol kelmarin, sebagai tanggungjawab sosial korporat mereka.

    Kempen merupakan kerjasama antara Majlis Belia Brunei, Green Brunei dan Projek #INFAQ1.

    Para pelatih tersebut, termasuk empat sukarelawan dari Green Brunei telah membantu menjalankan khidmat servis bagi sembilan unit penghawa dingin di masjid itu serta mengganti kepala paip dan membaiki sistem paip tandas.

    Selain itu, sukarelawan-sukarelawan tersebut juga telah mengadakan kempen kebersihan di dalam masjid dan sekitarnya.

    Turut hadir ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Haji Ash’ari selaku pengurus projek.

    Kempen turut menyaksikan penyerahan sumbangan daripada Koperasi Pusat Pembangunan Belia dan Projek #INFAQ1 kepada imam Masjid Kampung Menunggol, Awang Mohammad Zulhafiz Zariq bin Awang Damit.

    Pelatih membantu mengganti kepala paip.
    Pelatih PPB menjalankan penyelenggaraan ke atas salah satu penyaman udara di masjid tersebut.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Jepun semak semula undang-undang

    TOKYO, 9 JUN - Jepun meluluskan undang-undang imigresen yang membenarkan kerajaan menghantar pulang pencari suaka yang gagal, walaupun mendapat tentangan daripada parti pembangkang dan...
    - Advertisment -