LONDON, 2 Nov – Penyokong Manchester United telah menjemput pengurus Jose Mourinho untuk membincangkan mengenai kebimbangannya di sekitar atmosfera Old Trafford selepas adanya ketegangan jelas timbul dalam beberapa perlawanan kebelakangan ini.
Bos Portugal itu meletakkan jari ke bibirnya dan memberitahu mereka yang ragu untuk tenang selepas pasukannya menewaskan Tottenham 1-0 Sabtu lalu untuk kekal lima mata di belakang pendahulu Liga Perdana Manchester City.
Menjelang perlawanan Liga Juara-Juara kelmarin, menang ke atas Benfica, Mourinho menulis dalam nota programnya kepada penyokong bahawa dia berharap mereka ‘menikmati perlawanan itu berbanding sebahagian kamu ketika menentang Tottenham’.
Ia adalah susulan persembahan hambar oleh United, termasuk seri 0-0 di Anfield.
Bos United itu juga menyatakan kurangnya sokongan kepada Romelu Lukaku ketika menentang Spurs, dengan berkata ia adalah tidak adil bagi penyokong ‘tidak menyokongnya secukupnya’ dan mereka perlu melihatnya sebagai ‘tidak boleh diganggu’ meskipun sudah enam perlawanan tanpa gol. – AFP