Dalam diam pelawak Jo Se Ho mengumumkan bakal menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihan hatinya tidak lama lagi.
Media melaporkan wanita yang berjaya menawan hati Se Ho, 42, itu bukan dalam kalangan selebriti selain sembilan tahun lebih muda daripadanya.
Memetik kenyataan mStar, wanita itu yang bekerja sebagai pegawai di sebuah perusahaan berjaya menambat hati pelawak itu disebabkan mempunyai kecantikan luar biasa selain terpikat dengan kepintarannya.
Hubungan pasangan itu bertambah rapat kerana mempunyai minat dalam bidang fesyen dan sudah menjalinkan percintaan sejak setahun lalu.
Keputusan berkahwin juga dibuat selepas melihat keserasian selain rasa cinta mendalam di antara mereka.
Malah pelawak itu sudah pun memaklumkan mengenai keputusan menamatkan zaman bujang kepada teman rapat dalam industri hiburan.
Bagaimanapun, Se Ho tidak mendedahkan tarikh sebenar mereka bakal berkahwin dan majlis itu dijangka diadakan secara tertutup. – Agensi
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2024/01/P18-D-mStar_24012024.jpg)