Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Pelawak kian dipinggirkan’

    Pelawak yang juga ahli kumpulan Zero, Atu meluahkan rasa kesal apabila mendakwa pelawak dalam industri tanah air seolah-olah dipinggirkan.

    Atu atau nama sebenarnya, Sharif Kunal Doli Sharif berkata, pelawak sepertinya hanya dipanggil apabila stesen televisyen (TV) mahu menjayakan pertandingan.

    Berikutan itu, Atu berkata, dia sudah tidak mahu bertanding dan hanya mahu berkarya atas niat menggembirakan orang ramai.

    “Saya sudah malas dan penat bertanding sebab rasa tidak dihargai. Apabila ada pertandingan baru panggil pelawak.

    “Banyak pelawak yang saya rasa berkebolehan, tapi tidak diberikan peluang.

    “Banyak juga program yang saya buat bersama rakan dan saya terkilan kerana kami dilayan seperti ini dalam industri.

    “Kalau dulu mungkin kami sertai pertandingan sebab fikir ganjarannya, tapi sekarang lebih mahu berkarya dan cari pelapis baharu sebab selepas kami, tiada lagi pelawak yang betul-betul diterima.

    “Bila sudah tiada, baru rasa pelawak diperlukan,” katanya kepada BH Online pada sidang media Duyung: Legenda Aurora Wetland Studios, di Kuala Lumpur, baru-baru ini. – Agensi

    Atu sudah tidak mahu bertanding dan hanya mahu berkarya atas niat menggembirakan orang ramai. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda