Pelakon Nikita Willy mengalami kerugian sebanyak 28 juta rupiah atau RM7,700 selepas menjadi mangsa penipuan pelawak Fico Fachriza.
Nikita atau Nikita Purnama Willy, 30, berkata, dia memberikan wang tersebut dengan niat untuk membantu membiaya proses pengebumian bapa tiri Fico.
“Minggu lalu, Fizo ada mesej saya minta bantuan untuk bayar bil hospital, pengebumian dan majlis tahlil untuk bapa tirinya.
“Lalu saya pindahkan wang tersebut dan saya dapat tahu rupa-rupanya saya sudah ditipu,” katanya menerusi hantaran di cerita Instagram.
Bersama kapsyen, Nikita memuat naik semula tangkap layar hantaran milik kakak kepada Fico yang menceritakan penipuan adiknya itu, lapor mStar.
Menerusi hantaran tersebut, kakak Fico iaitu Ananta Rispo mengingatkan rakan artis agar tidak terpedaya dengan helah digunakan adiknya untuk meraih simpati.
Meskipun ditipu, Nikita tidak berdendam malah berharap Fico menggunakan wang tersebut untuk tujuan yang baik. – Agensi