Monday, March 17, 2025
22.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelawat ke Singapura perlu pakai alat pemantauan elektronik

    SINGAPURA, 3 OGOS – Ketika Singapura mula membuka pintu sempadan negaranya kepada pelawat antarabangsa secara berperingkat, republik berkenaan akan memperkenalkan langkah tambahan bagi meningkatkan kepatuhan terhadap peraturan notis duduk di rumah (SHN) yang bertujuan menyekat penularan COVID-19 oleh pelawat kepada komuniti setempat.

    Berkuat kuasa 11 Ogos, semua pelawat yang memasuki Singapura dan menjalani SHN di luar kemudahan khusus SHN (SDF), perlu memakai alat pemantauan elektronik sepanjang SHN untuk tempoh 14 hari.

    Peraturan ini wajib dipatuhirakyat Singapura, pemastautin tetap warga Singapura, pemegang pas jangka panjang, pemegang pas kerja dan tanggungannya.

    Demikian menurut Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) republik itu, Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dan Kementerian Pendidikan (MOE), dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan di sini hari ini. – Bernama

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda