Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelawat lebih ramai daripada penduduk Itali

    ROME, 13 MEI – Tapak budaya terkemuka Itali menarik lebih daripada 60 juta pelawat berbayar pada 2024, melebihi jumlah penduduk negara itu buat pertama kali, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

    Colosseum purba di Rome menjadi tarikan paling ramai dikunjungi, dengan 14.7 juta pemegang tiket, diikuti oleh Galeri Uffizi di Florence dengan 5.3 juta dan tapak arkeologi Pompeii dengan 4.3 juta pelawat.

    Pelancong dari dalam dan luar Itali menyumbang lebih daripada €382 juta kepada pendapatan negara Itali, dengan Colosseum sahaja menjana lebih €100 juta.

    Itali mempunyai kira-kira 59 juta penduduk dan menempatkan lebih daripada 400 muzium yang dikendalikan oleh kerajaan.

    Jumlah pelawat meningkat sebanyak dua juta berbanding tahun sebelumnya, manakala hasil pendapatan bertambah sebanyak €68 juta, sebahagiannya disebabkan oleh kenaikan harga tiket.

    Tidak termasuk dalam angka ini ialah Muzium Vatican tempat terletaknya Gereja Sistine, menyaksikan Paus Leo XIV baru-baru ini dipilih dan merupakan sebahagian daripada negara merdeka Vatican City.

    Dengan lebih enam juta pelawat setiap tahun, Muzium Vatican diramal menduduki tempat kedua jika dimasukkan dalam senarai tarikan Itali. – BERNAMA/dpa

    Pemandangan luar Colosseum di Rome, Itali yang menjadi tempat paling ramai dikunjungi. – Gambar Unsplash
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda