Oleh Syahmi Hassan
BELAIT, 20 JULAI – Seorang perempuan warga asing berjawatan pelayan restoran telah diarahkan untuk ke Pejabat Imigresen Bahagian Penguatkuasaan Kuala Belait bagi siasatan dan tindakan lanjut kerana dipercayai melanggar peruntukan di bawah Peraturan 15(2) Peraturan Imigresen Penggal 17 iaitu ‘Mana-mana pekerja asing yang bekerja di negara ini hendaklah bekerja mengikut majikan asal’.
Ia adalah hasil dari operasi Ops Sekat yang dijalankan oleh Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK), baru-baru ini, yang menyasarkan ke sebuah pejabat syarikat swasta di Daerah Belait.

Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Jumaat.

