Tuesday, May 28, 2024
24.9 C
Brunei

    -

    Pelayar warga Sweden ditemukan maut

    LABUAN, 10 MEI – Seorang pelayar warga Sweden ditemukan maut di kapal layar miliknya yang berlabuh berhampiran perairan Kampung Patau-Patau, malam tadi.

    Ketua polis Labuan, Supt. Mohd Hamizi Halim berkata mayat Swesvahn Dick Thomas, 55, ditemukan oleh orang awam yang melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa pada jam 7:16 malam.

    Beliau berkata berdasarkan keadaan mayat, lelaki itu dipercayai telah meninggal dunia beberapa hari lepas.

    “Maklumat terperinci mengenai kejadian itu masih belum diketahui memandangkan siasatan masih berjalan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

    Mohd Hamizi berkata mayat tersebut telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Labuan dan beliau menggesa individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian supaya tampil membantu siasatan. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    10 maut dalam runtuhan kuari di timur laut India

    NEW DELHI, 28 Mei – Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh selepas sebuah kuari batu runtuh di negeri Mizoram, timur laut India. Kejadian itu berlaku hari ini...