Oleh Imelda Groves HA
BANDAR SERI BEGAWAN, 1 April – Pusat Membeli-belah Times Square telah mengadakan Karnival Mini ke-14 yang dimeriahkan dengan pelbagai acara bermula 26 Mac lalu hingga hari ini.
Antara acara yang diadakan sepanjang tujuh hari acara berlangsung di pusat membeli-belah berkenaan ialah pertandingan mewarna yang diadakan pada 30 Mac lalu yang diserikan lagi dengan penampilan maskot.
Permainan seperti kuiz, balloon popper, melukis muka, permainan golf mini, baling gelung dan banyak lagi juga diadakan untuk para pengunjung yang hadir bersama keluarga.
Hadir bagi menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan mewarna ialah Pengurus Pemasaran Times Square, Lim Yee Liang.

Bagi kategori kanak-kanak yang berusia enam hingga 10 tahun, tempat pertama dimenangi oleh Kaelyn Hiew Jing Xuan manakala bagi tempat kedua pula dimenangi olah Isaac Tiong Ing Hoe diikuti oleh Dayang Nur Anisah binti Haji Dollah di tempat ketiga.
Manakala itu, bagi kategori kanak-kanak berusia 11 hingga 14 tahun pula, tempat pertama dimenangi oleh Awang Mohammad Faizzuddin diikuti dengan Chia Xuan Lei dan Dayang Nur mahirah binti Haji Dollah masing-masing di tempat kedua dan ketiga. Semua pemenang membawa balik pingat dan hadiah-hadiah.