Wednesday, May 14, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelbagai aktiviti meriahkan Bandarku Ceria

    Oleh Sim Y. H.

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Julai – Orang ramai tidak melepaskan peluang untuk menggunakan ruang yang disediakan untuk menjalankan pelbagai aktiviti bagi memeriahkan lagi Program Bandarku Ceria yang dibuka semula di Bandar Seri Begawan, bermula hari ini.

    Pelbagai jenis aktiviti dikendalikan semasa Program Bandarku Ceria yang diadakan setiap Ahad dari pukul 6 pagi hingga 10 pagi termasuk beriadah dan berbasikal.

    Orang ramai yang berkunjung ke Bandarku Ceria sama-sama menyertai aktiviti riadah bersama keluarga dan membeli-belah dalam aktiviti berjaja yang diadakan bagi memeriahkan lagi program berkenaan. Program Bandarku Ceria dihasratkan untuk mengalu-alukan kehadiran orang ramai sama-sama menjadikan Bandar Seri Begawan sebagai sebuah taman bandar yang dapat dinikmati oleh semua melalui kegiatan riadah, berjalan, berjoging, berbasikal, senamrobik dan berjaja.

    Orang ramai yang membeli-belah daripada penjaja semasa Program Bandarku Ceria yang dibuka semula di Bandar Seri Begawan, hari ini.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda