Thursday, July 4, 2024
31.7 C
Brunei

    -

    Pelbagai aktiviti meriahkan Pesta Perahu Naga di sekolah

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 JUN – Dengan hasrat untuk mengenali dan memahami budaya masyarakat Tionghua, Sekolah Sinaran Pelangi telah meraikan Pesta Perahu Naga dengan mengadakan pelbagai aktiviti menarik yang disertai para pelajar dan guru-guru di sekolah berkenaan, baru-baru ini.

    Acara dimulakan dengan tayangan video pendek yang memberikan penerangan mengenai asal-usul pesta berkenaan dan diikuti dengan demonstrasi pembuatan kuih zongzi dengan menggunakan teknik penyediaan dan pembungkusan tradisional oleh Cecillia Lim.

    Dengan tunjuk ajar berkenaan, para murid tadika tidak melepaskan peluang untuk mencuba sendiri membuat kuih zongzi mereka sendiri dengan bimbingan guru-guru.

    Perayaan diteruskan dengan sesi seni dan kraf kreatif di mana para pelajar menghasilkan karya seni dengan menggunakan tema hiasan kuih zongzi untuk memeriahkan lagi hari berkenaan.

    Di samping itu, para guru juga tidak ketinggalan menyertai pertandingan membuat kuih zongzi dengan mempamerkan kemahiran mereka yang dinilai daripada segi persembahan dan teknik yang digunakan.

    Pada akhir acara berkenaan, Pengarah Eksekutif Sekolah Sinaran Pelangi, Loo Shee Yun menyampaikan cenderamata penghargaan kepada Cecillia Lim atas sumbangannya menjayakan pesta berkenaan.

    Loo juga menyampaikan hadiah pada guru-guru yang mengambil bahagian dalam pertandingan yang diadakan untuk memeriahkan acara yang dipenuhi dengan aktiviti menyeronokkan, pembelajaran serta menghargai budaya.

    Murid-murid tadika tidak melepaskan peluang untuk mencuba sendiri membuat kuih zongzi mereka sendiri. – GAMBAR SERAHAN SEKOLAH SINARAN PELANGI
    Murid-murid mengambil bahagian dalam sesi seni dan kraf kreatif. – GAMBAR SERAHAN SEKOLAH SINARAN PELANGI

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    PM China ajak kerjasama AI antarabangsa

    SHANGHAI, 4 JULAI- Perdana Menteri China, Li Qiang hari ini menyeru kerjasama global dan pemikiran yang lebih terbuka dalam kecerdasan buatan (AI), ketika persaingan...