Saturday, May 10, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelbagai aktiviti rai ulang tahun ke-31 Hospital PIHM

    Oleh Noorhamizan Haji Mohd Mosbi

    TEMBURONG, 30 Sept – Hospital Pengiran Isteri Hajah Mariam (PIHM) dan Pejabat Kesihatan Daerah Temburong, hari ini, meraikan Sambutan Ulang Tahun ke-31 hospital berkenaan di Padang Dewan Kemasyarakatan Belalong, Pekan Bangar, di sini.

    Sambutan berkenaan dihadiri oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar selaku tetamu kehormat.

    Turut hadir ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Emran bin Haji Sabtu yang juga Penghulu Mukim Bokok; Setiausaha Tetap di Kementerian Kesihatan, Haji Abdul Manap bin Othman; Pemangku Pegawai Daerah Temhurong, Awang Muhammad Khairul Shahrul bin Haji Duahim, para pengarah dan pegawai kanan Kementerian Kesihatan dan kakitangan hospital berkenaan. Sambutan didahului dengan bacaan Doa Selamat yang dipimpin oleh Guru Agama Hospital PIHM, Awang Abdul Salim bin Haji Tuah.

    Beberapa aktiviti disediakan termasuk senamrobik, walkaton, plogging sejauh 3.1km, basikalton sejauh 31km, pameran sejarah, pameran kesihatan, pemeriksaan kesihatan, sukan mini dan Program Cara Hidup Sihat (PCIIS) Workout Challenge.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bergambar ramai semasa ikut serta meraikan Sambutan Ulang Tahun ke-31 Hospital PIHM.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda