Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Okt- Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) telah membuat tangkapan barang-barang tengahan kastam melalui pemeriksan di laluan masuk Pos Kawalan Kuala Lurag dan gerakan operasi Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang di kawasan perairan Kampung Kota Batu, baru-baru ini.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh JKED, di sini, hasil daripada pemantauan dan pemeriksaan JKED di Pos Kawalan Kuala Lurah pada 10 September lalu, JKED telah berjaya menahan seorang lelaki berumur 31 tahun atas kesalahan mencuba untuk membawa masuk barang-barang tengahan kastam iaitu sebanyak 720 tin dan 60 botol minuman keras pelbagai jenis.
Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Khamis.