Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Pelbagai persatuan sertai perbarisan

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 FEB – Persatuan-persatuan di negara ini tidak terlepas menjulang amanah dalam menunjukkan taat setia, semangat patriotisme yang tinggi serta hormat kepada raja dan negara semasa Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-39 di ibu negara hari ini.

    Antara yang turut terlibat menyertai perbarisan semasa perhimpunan agung berkenaan adalah hampir 40 orang ahli pasukan Pengawasan Kejiranan (PK). Salah seorang ahli PK, Koperal 4604 Hasnan bin Ali ketika ditemui berkata, bagi mendukung misinya untuk memastikan keselamatan dan keamanan di kawasan setempat dan menjadi nadi penggerak menge-ratkan ikatan ukhuwah sesama masyarakat, ahli-ahli PK dari pelbagai kampung giat menjalankan aktiviti rondaan dan pendekatan bersama anggota Pasukan Polis Diraja Brunei.

    “Pastinya, sokongan berterusan daripada masyarakat adalah sangat diperlukan dalam membantu usaha sedemikian, demi merapatkan lagi hubungan silaturahim bersama masyarakat dengan konsep membebaskan masyarakat dan negara daripada jenayah,” ujarnya lagi.

    Menyertai Pasukan Kesatuan Ibu Bapa Alumni Program Khidmat Bakti Negara (PKBN), Haji Suhaili bin Haji Mohidi meluahkan kegembiraan menyaksikan penglibatan yang begitu meriah dalam perbarisan acara kenegaraan yang ditunggu-tunggu pada tahun ini dengan adanya skala yang lebih ramai berbanding semasa pandemik melanda pada sebelumnya.

    “Setiap individu mempunyai gaya tersendiri untuk mencapai Wawasan Brunei 2035. Oleh itu, dengan tertubuhnya pasukan kami ini sememangnya antaranya berperanan sebagai pendorong semangat kepada anak-anak kami selaku alumni PKBN untuk terus melakukan pelbagai kegiatan proaktif dan progresif dengan jiwa disiplin yang teguh,” tekannya.

    Di samping berusaha meningkatkan kapasiti diri dengan mengikuti program-program kemahiran tertentu, beliau menambah bahawa penglibatan anak-anak dalam aspek sukarelawan juga merupakan salah satu cara lain untuk menyumbang tenaga dan buah fikiran bagi sama-sama berganding bahu dengan agensi kerajaan dan juga bukan kerajaan dari semasa ke semasa melalui pendekatan seluruh negara.

    “Bangkit dan jangan berputus asa, itulah yang perlu kita semai dalam diri anak-anak kita dengan hasrat untuk menyokong apa sahaja inisiatif pihak kerajaan dan agensi-agensi lain dari semasa ke semasa,” tambahnya.

    Sementara itu, wakil Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) di Brunei Darussalam, Novi Yanti Mariana turut berkesempatan merakamkan kesyukuran yang tidak terhingga kerana berpe-luang menyertai acara perbarisan pada tahun ini bersama lebih 30 orang warga KBRI.

    Dengan penglibatan buat kali kelima pada tahun ini dalam perbarisan berkenaan, Novi menjelaskan bahawa persatuan mereka telah memperagakan pelbagai pakaian tradisi daerah yang terdapat di Indonesia di mana dengan adanya perkongsian sebegini, ia secara tidak langsung mampu mewujudkan semangat kekitaan antara masyarakat tempatan di negara ini mahu pun warga asing.

    Antara ahli pasukan PK yang menyertai perbarisan Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam, kelmarin.
    Haji Suhaili menzahirkan rasa kesyukurannya melalui acara perbarisan, kelmarin.
    Novi menjelaskan bahawa persatuan KBRI telah memperagakan pelbagai pakaian tradisi daerah yang terdapat di Indonesia di mana dengan adanya perkongsian sebegini, ia secara tidak langsung mampu mewujudkan semangat kekitaan antara masyarakat tempatan di negara ini mahu pun warga asing.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...