Monday, November 11, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelbagai produk kecantikan terkini diperkenal

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 SEPT – Bagi menampilkan jenama dan produk kesihatan serta kecantikan terkini seperti Skintific, Silkygirl, Axis-Y, Wardah, Eco-Garden, Chriszen, dan Number 8, Guardian Brunei telah menganjurkan acara Trending Affairs di The Daun, Kiulap, hari ini.

    Acara yang berlangsung dari jam 2:30 petang hingga 5:30 petang itu menghimpunkan jemputan terpilih termasuk pelanggan, pasukan Guardian, serta key opinion leaders dalam bidang kecantikan bagi mempamerkan trend terkini dalam kesihatan dan kecantikan.

    Pelbagai pengisian menarik turut memeriahkan acara tersebut, antaranya sesi perkongsian analisis warna oleh The Powderuum, demonstrasi seni solekan dan pelancaran barisan produk Chriszen Age Revive yang dinantikan.

    Ketua Guardian Brunei, Tam Vo, dalam ucapannya menyatakan acara tersebut merupakan komitmen Guardian untuk terus menawarkan produk dan pengalaman terbaik kepada pelanggan mereka.

    Selain itu, Skintific turut memperkenalkan foundation baharu, Perfect Stay Velvet Matte Cushion dan mengumumkan pelancaran lebih 41 produk baharu di Guardian Brunei. Airfit juga memperkenalkan alat kecantikan baharu seperti pimple patches yang popular, menambah daya tarikan acara tersebut.

    Acara tersebut memberi peluang kepada para peserta untuk mempelajari dan mencuba produk terkini, sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan Guardian Brunei sebagai peneraju dalam sektor kesihatan dan kecantikan.

    Acara turut menyaksikan sesi pelancaran barisan produk Chriszen Age Revive bersama Pengarah Urusan Chriszen, Mandy Leong dan dua pempengaruh daari Malaysia. – GAMBAR OLEH JAMES KON
    Antara yang hadir pada acara Trending Affairs anjuran Guardian Brunei. – GAMBAR OLEH JAMES KON

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda