Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelbagai program SR TLDB didik pelajar jauhi tembakau, vape

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 MEI – Sekolah Rendah Tentera Laut Diraja Brunei, Kluster 2 telah mengadakan pelbagai aktiviti dan program setiap minggu sepanjang bulan Mei bersempena dengan Program Pendidikan Kesedaran Anti Tembakau dan Vape yang merupakan program sokongan Cross Functional Teams for Health (CFT) Kementerian Kesihatan.

    Aktiviti dan program yang berkenaan juga adalah bersempena dengan Hari Tanpa Tembakau Sedunia yang disambut pada setiap 31 Mei yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan merupakan satu tindakan utama iaitu  Giving Every Child The Best Start in Life yang melibatkan  semua murid-murid, guru-guru, staff sokongan dan juga ibu bapa dan penjaga serta keluarga murid.

    Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah pameran Poster Papan tanda Anti tembakau & Vape yang dirasmikan oleh Guru Besar sekolah, Hajah Rozita binti Hj Md Daud pada 1 Mei dan kongsisama Program Pendidikan Kesedaran Anti Tembakau & Vape yang disampaikan Guru Kanan Hal Ehwal Pelajar sekolah, Eza Azlina binti Awang Jambol pada 6 Mei.

    Selain itu, lawatan guru-guru sekolah ke Pusat Promosi Kesihatan turut diadakan pada 12 dan 19 Mei serta taklimat dari Kementerian Kesihatan yang disampaikan oleh Awang Sukerdi bin Haji Moksin pada 25 Mei.

    Aktiviti-aktiviti berkenaan diharap dapat memberi kesedaran kepada para peserta tentan kesan buruk tabiat merokok dan vape serta dapat mengamalkan gaya hidup sihat bermula dari rumah. Dengan usaha pihak sekolah yang berterusan ditambah dengan kerjasama pihak ibu bapa dan juga penjaga diharapkan program berkenaan akan berjaya.

    Semua di atas: Semasa perasmian Poster Papan tanda Anti tembakau & Vape berkenaan.

     Atas & Bawah: Lawatan guru ke Pusat Promosi Kesihatan

    Semua di atas: Antara aktiviti semasa taklimat oleh Kementerian Kesihatan. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN SR TLDB

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda