Pelbagai resipi hidangan kek

Ramai orang menyukai kek, namun ramai juga yang tidak tahu untuk membuatnya.

Jangan risau, di sini dikongsikan beberapa resipi hidangan kek yang mudah dan menyelerakan:

Kek Pisang Memikat

Kek pisang ini sangat mudah untuk dibuat, kurang manis dan pisang terasa seratus peratus.

Ianya begitu sesuai untuk dihidangkan ketika waktu petang bersama dengan minuman kopi atau teh. Di sini dikongsikan beberapa cara dan tips untuk menghasilkan kek pisang yang gebu dan lembut:

– Gunakan seratus peratus minyak jagung.

– Hanya gunakan pisang berangan untuk dapatkan bau yang wangi.

– Pisang yang dilecek biarkan seketika 10-15 minit sebelum diadun di pengadun. Ini adalah untuk mendapatkan warna kek yang lebih gelap dan menampakkan jalur-jalur pada kek nanti.

– Bakar hingga garing bahagian atas dan tepi kek. Lagi sedap.

– Kek pisang yang cantik ialah apabila masak ia sedikit pecah atau merekah di bahagian atasnya.

Bahan-bahan yang diperlukan:

– 1 ½ cawan tepung gandum

– ½ sk soda bikarbonat

– 1 sudu kecil serbuk penaik.

– 4-5 biji pisang berangan.

– 1 cawan minyak jagung Mazola.

– ¾ cawan gula halus.

– 2 biji telur gred B

– Sedikit esen vanilla

Cara-cara membuat:

– Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan serbuk penaik.

– Pisang dilecek lembut.

– Diadun minyak mazola, gula halus, telur dan esen vanilla hingga kembang atau putih.

– Jika sudah kembang, masukkan pisang tadi. Gaul rata.

– Kaup balik tepung.

– Sudah siap, seterusnya alas loyang kertas. Gris tepi loyang.

– Bakar selama 30 minit suhu 170°C.

– Bahagian atas gelap turunkan suhu 150°C. Bakar 10 minit lagi hingga masak.

Kek Buah

Kek buah ini ada peminatnya tersendiri. Tak semua orang minat pada kek coklat dan kek keju sahaja, bukan? Tentunya sangat sesuai disediakan untuk pelbagai majlis mahupun dimakan sendiri di rumah bersama keluarga. Mari kita ikuti resepinya di bawah ini:

Bahan-bahan yang diperlukan:

– 500g dried mixed fruit (boleh dibeli di kedai kek atau pasar raya)

– 1 cawan jus oren (boleh guna Minute Maid).

– 1 cawan tepung naik sendiri (tak kisah jenama apa-apa)

Cara membuat :

1-Mula-mula, masukkan dried mixed fruit dalam satu bekas.

2-Kemudian, masukkan 1 cawan air jus oren. Biarkan selama 2 jam.

3-Seterusnya, masukkan 1 cawan tepung naik sendiri. Gaul sebati.

4-Apabila adunan sudah cukup sebati, bolehlah terus masukkan ke dalam loyang.

5-Bakar dengan suhu 130°C selama 2 jam.

Kek Marble

Kek ini tak lapuk dek zaman. Tempahan kek ini dapat tempat nombor satu di hati orang ramai. Kek ini rasanya ringan dan lembut. Boleh buat menu ini untuk hidangan di petang hari. Di sini dikongsikan cara-cara untuk membuatnya:

Bahan-bahan yang diperlukan:

– 3/4 cawan tepung gandum.*

– 1 ½ sudu teh baking powder .*

– 1/3 cawan susu tepung (apa sahaja jenama).*

– ½ cawan gula kastor.

– ¼ cawan susu cair atau susu segar.

– 3 biji telur gred A.

– 1 sudu besar membukit ovalete.

– 1 sudu teh esen vanilla.

– 3 sudu besar minyak jagung atau minyak masak.

– 1 sudu besar serbuk koko.

Cara-cara membuat:

1-Satukan dan ayak bahan bertanda *

2-Panaskan ketuhar dengan suhu 160°C selama 10 minit.

3-Satukan semua bahan kecuali minyak jagung atau minyak masak dan serbuk koko.

4-Diadun dan digaul sehingga gebu dan bertanduk. (Bila adunan diangkat ke atas, adunan tak jatuh)

5-Masukkan minyak jagung atau minyak masak. Kacau sebati guna spatula sahaja.

6-Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian letak serbuk koko. Kacau sebati guna spatula atau sudu.

7-Satu adunan lagi biarkan dengan warna asal. Kalau ingin letak pewarna pun boleh. Terpulang kreativiti masing-masing.

8-Masukkan adunan dalam loyang saiz 8 inci secara berselang seling sehingga habis. Boleh juga putarkan di atas permukaan adunan dengan lidi perlahan-lahan.

9-Lapik loyang dengan kertas minyak terlebih dahulu.

10-Bakar dalam ketuhar dengan suhu 160°C selama 35-42 minit bergantung suhu ketuhar masing-masing.

11-Lepas siap bakar, terus keluarkan dan terbalikkan di atas, redai selama 5 minit.

12-Tunggu sejuk sedikit, bolehlah keluarkan kek dari loyang. Sedia untuk dimakan.

(Tip nak rasa coklat yang sedap. Letak ½ sudu kecil pes atau perisa kapucino. Tak letak pun tak apa. Ikut selera masing-masing).

Kek Bluberry Chilled Cheese

Bahan-bahannya:

-1 paket biskut oreo.

– ¼ buku mentega.

Bahan kek :

– 1 paket gelatin, larutkan dengan ½ cawan air panas.

– 250gm cream cheese.

– 1 kotak kecil whipping cream.

– 4 sudu gula, ikut manis masing-masing.

– 2 bekas yogurt.

– 1 bekas toping beri biru.

Cara buat tapak

1-Hancurkan biskut oreo, asingkan krim dan campur dalam keju. (Jika hancurkan guna tangan saja tak cantik).

2-Panaskan ¼ buku mentega.

3-Masukkan mentega cair dalam biskut oreo hancur tadi.

4-Bila sudah sebati, masukkan dalam bekas, simpan dalam peti ais sementara tunggu siapkan keknya.

5-Kek ini kecil sahaja. Kalau mahu kek rendah sedikit, buat lagi 1 tapak dan bancuh lagi 1 paket oreo, jadi boleh dapat 2 kek.

Cara Membuat :

1-Masukkan semua cream cheese, whipping cream, gula krim biskut oreo dalam mesin pengadun pengisar atau blander.

2-Sebatikan sampai sebati.

3-Larutkan sepaket gelatin dan masukkan dalam mesin pengadun pengisar tadi.

4-Kacau sampai sebati dengan sudu.

5-Bahagi dua adunan tadi. Ikut anda, mahu letak yogurt atau tak. Nak letak filling atau toping sedikit pun boleh, tak letak apa-apa pun boleh.

6-Bila sudah sebatikan yogurt, tuang krim yang sudah siap ini di atas tapak yang ada dalam peti ais tadi.

7-Bila sudah siap, masukkan dalam peti ais dalam 3-4 jam.

8-Keluarkan dan letak toping.

9-Siap.