Pele jalani rawatan kemoterapi

SAO PAULO, 1 OKT – Pemain bola legenda Brazil, Pele telah keluar dari hospital selepas masuk wad selama sebulan bagi menjalani pembedahan untuk membuang tumor kolon, tetapi akan menjalani rawatan kemoterapi, menurut pasukan mediknya.

Pele, 80, menerima rawatan di hospital Albert Einstein di Sao Paulo semenjak 31 Ogos, selepas mengesan ketumbuhan tumor sewaktu menjalani ujian rutin. Pele, yang menjalani pembedahan pada 4 September berada dalam keadaan ‘stabil’, kata doktor.

Hospital tidak menggunakan perkataan ‘kanser’ dalam penyataannya dan tidak memberi maklumat selanjutnya mengenai rawatan kemoterapi Pele, tetapi rawatan tersebut biasa diberikan kepada pesakit kanser.

Keputusan biopsi Pele tidak didedahkan kepada umum.

“Saya merasa gembira dapat pulang ke rumah,” kata Pele dalam penyataannya di Facebook.

Dianggap oleh banyak pemain bola sepak terbaik sepanjang masa, Edson Arantes do Nascimento – Nama sebenar Pele – berdepan kemerosotan kesihatan semenjak beberapa tahun, dan telah menjalani beberapa rawatan di hospital. – AFP