Pele makin pulih, dalam keadaan baik

SAO PAULO, 9 SEPT – Legenda bola sepak Brazil, Pele semalam mengatakan bahawa dia dalam keadaan baik saja setelah menjalani pembedahan tumor usus besar.

“Saya pulih dengan baik,” kata Pele, 80, dalam satu mesej yang disiarkan di media sosial. Pembedahan itu dilakukan Sabtu lalu di Sao Paulo.

Pihak hospital yang merawatnya mengatakan Isnin lalu bahawa bekas pemain bola sepak itu dalam pemulihan di unit rawatan rapi.

Tumor itu dikesan semasa ujian rutin dijalankan, menurut Hospital Albert Einstein, di mana Pele telah menjalani rawatan sejak 31 Ogos.

Pele, yang nama sebenarnya Edson Arantes do Nascimento, dalam keadaan sihat dalam beberapa tahun terakhir dan mengalami pelbagai penyakit. Pada bulan April 2019, di Paris beliau pernah mengalami jangkitan saluran kencing yang teruk. – AFP