Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelepasan air radioaktif, kerajaan janji sokong nelayan

    TOKYO, 21 OGOS – Pegawai kerajaan Jepun meminta persefahaman daripada kumpulan nelayan hari ini untuk pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji nuklear Fukushima ke laut dan berjanji untuk menyokong kehidupan mereka sepanjang proses yang akan mengambil masa beberapa dekad.

    Menteri Ekonomi dan Industri, Yasutoshi Nishimura bertemu dengan Ketua Persekutuan Koperasi Perikanan Kebangsaan dan berjanji kerajaan akan melakukan segala yang termampu untuk memastikan keselamatan pelepasan itu dan menyediakan langkah-langkah untuk melindungi reputasi industri perikanan.

    Nishimura memberitahu pegawai perikanan, Masanobu Sakamoto, pelepasan air adalah penting untuk operasi loji dan pemulihan Fukushima dan tidak boleh ditangguhkan. Beliau juga berkata kerajaan akan akan terus mengambil kira kebimbangan dan keperluan komuniti nelayan sehingga pelepasan itu berakhir beberapa dekad kemudian.

    Sakamoto, pada awalnya menegaskan organisasinya secara keseluruhan tetap menentang pelepasan itu, tetapi beliau berkata anggota komuniti nelayan telah mendapat keyakinan tentang keselamatan berikutan pengiktirafan oleh laporan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa dan penjelasan pegawai kerajaan dalam beberapa minggu lalu menunjukkan perubahan pendirian mereka.

    Perjumpaan mereka membuka jalan kepada pertemuan yang dirancang Perdana Menteri, Fumio Kishida hari ini dengan Sakamoto, satu langkah penting di mana Kishida akan memberikan komitmen kerajaannya untuk melaksanakan pelepasan air itu dengan selamat dan menyokong sara hidup komuniti nelayan. – AP

    Sebahagian loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi yang musnah akibat tsunami. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda