Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Pelepasan buaya siam bibit harapan pemuliharaan

    PHNOM PENH, 6 APRIL – Pelepasan semula buaya siam yang terancam ke habitatnya bulan lalu menimbulkan harapan bagi pemuliharaan dan kelangsungan hidup reptilia itu, kata penyokong pemuliharaan hari ini.

    Buaya siam atau Crocodylus siamensis itu disenaraikan dalam Senarai Merah Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Sekitar (IUCN) sebagai terancam, dengan hanya sekitar 250 ekor dianggarkan masih hidup di sungai-sungai Kemboja.

    Pablo Sinovas, pengurus spesies bersama program Kemboja Fauna & Flora International (FFI), berkata penyokong pemuliharaan dari FFI dan rakannya di Kemboja melepaskan 25 ekor buaya siam di kawasan Chhay Reap di Sungai Sre Ambel di wilayah Koh Kong, Kemboja awal Mac lalu.

    “Tiga ekor buaya telah dipasang dengan tag satelit dengan semua 25 dipasang dengan alat pemancar akustik, buat pertama kali spesies itu telah dikesan dengan cara ini, membolehkan penyokong pemuliharaan mengumpul data penting tentang jenis dan kelakuan spesies,” katanya kepada Xinhua.

    “Ia adalah langkah penting ke arah usaha kami untuk merangsang pemuliharaan spesies terancam di salah satu kubu terakhir yang tinggal,” katanya.

    Sinovas berkata pelepasan 25 ekor buaya itu melambangkan peluang kelangsungan hidup reptilia terancam yang dikhuatiri pupus sehingga penemuannya semula di pergunungan terpencil Cardamom dua dekad lalu.

    Menurutnya, kejayaan program pembiakan itu setakat ini telah berjaya melepaskan 136 ekor buaya ke habitatnya di Kemboja. – Xinhua

    Pablo Sinovas semasa melepaskan buaya siam yang dipasang tag satelit ke habitat asalnya di wilayah Koh Kong, Kemboja pada 7 Mac 2022. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...