Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Pelepasan CO2 cecah rekod tinggi

    NEW YORK, 3 MAC – Komuniti di seluruh dunia melepaskan lebih banyak karbon dioksida (CO2) pada 2022 berbanding tahun lain sejak rekod bermula pada 1900, disebabkan perjalanan udara pulih daripada pandemik dan lebih banyak bandar beralih kepada arang batu sebagai sumber tenaga kos murah.

    Pelepasan gas pemanasan iklim yang berpunca daripada pengeluaran tenaga meningkat 0.9 peratus untuk mencecah 36.8 gigaton pada 2022, lapor Agensi Tenaga Antarabangsa semalam.

    Karbon dioksida dilepaskan apabila bahan api fosil seperti minyak arang batu atau gas semula jadi dibakar sebagai sumber untuk kereta, kapal terbang, rumah dan kilang.

    Apabila gas memasuki atmosfera, ia memerangkap haba dan menyumbang kepada pemanasan iklim.

    Peristiwa cuaca melampau menambah pelepasan karbon dioksida pada tahun lalu, kemarau mengurangkan jumlah air yang sedia ada untuk kuasa hidro, yang menambah keperluan untuk membakar bahan fosil. Manakala gelombang haba menambah permintaan untuk elektrik.

    Laporan semalam disifatkan sebagai kurang menyenangkan oleh saintis iklim, yang mengingatkan pengguna tenaga di seluruh dunia mesti mengurangkan pelepasan secara drastik untuk memperlahankan kesan pemanasan global.

    “Sebarang peningkatan pelepasan – walaupun satu peratus, merupakan satu kegagalan,” kata Rob Jackson, profesor sains sistem bumi di Universiti Stanford dan Pengerusi Projek Karbon Global, kumpulan antarabangsa. “Kami tidak mampu menyaksikan peningkatan. Ia harus dikurangkan atau mencetuskan krisis untuk planet. Mana-mana tahun dengan pelepasan arang batu yang lebih tinggi merupakan tahun yang teruk untuk kesihatan dan juga Bumi.” – AP

    Asap naik daripada loji tenaga arang batu Neurath berdekatan Grevenbroich, Jerman. Komuniti di seluruh dunia melepaskan lebih banyak karbon dioksida berbanding mana-mana tahun lalu pada 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...