BERLIN, 7 JAN – Pelepasan gas rumah hijau di Jerman terus mencatatkan penurunan pada 2024 namun pada kadar yang perlahan disebabkan oleh pelaburan hijau yang berkurangan oleh industri dan isi rumah, menurut kajian yang diterbitkan hari ini.
Pelepasan gas rumah hijau di negara ekonomi ketiga terbesar di Eropah itu turun 3 peratus pada 2024, satu ‘penurunan perlahan’ berbanding pengurangan 10 peratus pada 2023, menurut badan pakar Agora Energiewende.
Jerman mencerminkan trend di seluruh Kesatuan Eropah (EU), di mana pengurangan 3.8 peratus dijangka pada 2024, selepas lapan peratus pada 2023.
Walau bagaimanapun, kajian menyatakan bahawa jumlah pelepasan pada 2024 berjumlah 656 juta tan mewakili ‘terendah dalam sejarah’ dan pengurangan 18 juta tan tahun ini adalah lebih besar berbanding sasaran pelepasan yang termaktub dalam undang-undang domestik.
Pelepasan menurun 48 peratus daripada paras 1990, menghampiri sasaran EU iaitu pengurangan sebanyak 55 peratus menjelang 2023. – AFP
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2025/01/P2-C-WEB_08012025.jpg)