Saturday, July 6, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Pelepasan gas rumah hijau Google meningkat

    SAN FRANCISCO, 3 JULAI – Meskipun Google mempunyai matlamat untuk mencapai pelepasan sifar bersih, ia masih mengeluarkan banyak gas rumah hijau berbanding sebelum tatkala ia menggerakkan pusat data yang diperlukan untuk menyokong kecerdasan buatan (AI), kata syarikat itu.

    Pelepasan perubahan iklim Google telah meningkat 48 peratus dalam tempoh lima tahun yang lalu, bercanggahan dengan matlamat untuk menjadi neutral karbon demi planet ini, menurut laporan alam sekitar tahunan yang dikeluarkan, kelmarin.

    Jumlah pelepasan gas rumah hijau pada 2023 adalah 13 peratus lebih tinggi daripada tahun sebelumnya, terutamanya didorong oleh peningkatan penggunaan tenaga pusat data dan rantaian bekalannya, kata laporan itu.

    Peningkatan itu berlaku walaupun Google telah meningkatkan penggunaan tenaga bersih yang dijana solar dan angin.

    “Walaupun kami mencatat kemajuan, namun kami menghadapi cabaran yang cuba kami selesaikan,” kata ketua pegawai kemampanan, Kate Brandt dan naib presiden kanan, Benedict Gomes, dalam laporan itu.

    Gambar AFP

    “Tatkala kami mengintegrasi AI seterusnya dalam produk kami, mengurangkan pelepasan mungkin mencabar disebabkan peningkatan permintaan tenaga daripada pengiraan AI yang lebih besar dan pelepasan yang dikaitkan dengan peningkatan yang dijangka dalam pelaburan infrastruktur teknikal kami”.

    Bukan Google sahaja yang menghadapi cabaran untuk memberi kuasa kepada pusat data AI yang memerlukan banyak tenaga, sambil berusaha mengekang penciptaan gas rumah hijau yang menyebabkan perubahan iklim.

    Microsoft berkata dalam laporan kemampanannya baru-baru ini bahawa pelepasan gas rumah hijau tahun lepas meningkat 29 peratus berbanding 2020 ketika ia terus ‘melabur dalam infrastruktur yang diperlukan untuk membangunkan teknologi baharu’.

    Microsoft dan Google telah menjadi peneraju dalam perlumbaan AI sejak OpenAI melancarkan ChatGPT pada akhir 2022.

    AI telah menjadi tema utama bagi kedua-dua syarikat dalam laporan pemerolehan pendapatan yang luar biasa. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sidang Kemuncak SCO alu-alukan keahlian Belarus

    ASTANA, 5 JULAI – Sidang Kemuncak Majlis Ketua-ketua Negara Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) ke-24 yang berakhir kelmarin menyaksikan pencapaian luar biasa, termasuk penerimaan Deklarasi...