Saturday, December 21, 2024
25.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelepasan sisa air nuklear Fukushima bermula Khamis

    TOKYO, 22 OGOS – Pelepasan sisa air penyejuk terawat daripada runtuhan loji nuklear Fukushima ke laut akan bermula pada Khamis, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida membuat pengumuman hari ini selepas bertemu dengan menteri Kabinet yang berkaitan.

    Kishida berkata pelepasan air ke Lautan Pasifik adalah satu perkara yang ‘tidak boleh ditangguhkan’.

    Menurut Agensi Tenaga Atom Antarabangsa, pelepasan sisa air berkenaan tidak mendatangkan bahaya kepada manusia, atau alam sekitar. Bagaimanapun, nelayan tempatan dan negara jiran seperti China menentang rancangan Jepun.

    Oleh kerana tiada lagi ruang penyimpanan air yang berbaki, air sepatutnya disalurkan ke lautan melalui terowong sepanjang satu kilometer.

    Ia akan ditapis dan dicairkan dengan air laut terlebih dahulu.

    Pelupusan 1.3 juta tan air itu dijangka mengambil masa 30 tahun. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda