Tuesday, May 13, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peletakan jawatan Valdez cetus persoalan

    MONTEVIDEO, 31 Julai – Presiden Persatuan Bola Sepak Uruguay (AUF), Wilmar Valdez telah meletak jawatan secara mengejut semalam susulan pendedahan rakaman suara yang memalukan, hanya sehari sebelum dia dijangka bersaing untuk dilantik semula.

    Meskipun isi sebenar rakaman itu masih belum diketahui, pakar media berkata ia berisi komen-komen mengenai pentadbir-pentadbir sukan, seorang ahli kerajaan, wartawan sukan dan penyokong.

    Salah seorang pesaing utama Valdez bagi jawatan itu, Arturo Del Campo, memberitahu media setempat bahawa dia sudah mendengar rakaman itu lima hari lalu, menggambarkannya sebagai ‘menjejaskan sedikit imej Wilmar’.

    Meskipun Valdez menafikan ia mempunyai sebarang kaitan dengan peletakan jawatannya.

    Gambar fail yang diambil pada 29 Mac 2016 menunjukkan Presiden AUF, Wilmar Valdez (kanan) dan Presiden FIFA, Gianni Infantino ketika menghadiri satu sidang media di Muzium Bola Sepak di Montevideo. – AFP

    “Keputusan ini didorong oleh keluarga dan sebab-sebab peribadi, yang tidak mempunyai kaitan dengan konteks pemilihan ketika ini,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh AUF.

    “Saya mahu menekankan bahawa saya tidak berada di bawah tekanan, ancaman atau paksaan dalam membuat keputusan ini.”

    Peletakan jawatan Valdez meninggalkan hanya dua orang calon bagi pemilihan presiden AUF hari ini, ahli perniagaan pertanian Del Campo dan Eduardo Abulafia, seorang ahli perniagaan media setempat yang mendakwa mempunyai kaitan rapat dengan ejen pemain berkontroversi, Francisco Casal. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda