LOS ANGELES, 4 JAN – Zion Williamson dan CJ McCollum bergabung untuk mencipta 51 mata ketika New Orleans Pelicans menewaskan Minnesota Timberwolves yang mendahului Western Conference, 117-106 dalam NBA, kelmarin.
Penyerang berkuasa Pelicans, Williamson mendahului mata dengan 27 mata manakala McCollum menambah 24 mata ketika New Orleans mencatatkan kemenangan mengagumkan.
Catatan mata McCollum termasuk empat jaringan tiga mata manakala Brandon Ingram (19 mata) dan Herbert Jones (16) turut menyumbang dengan sumbangan berharga.
16 mata Jones termasuk empat jaringann tiga mata daripada lima percubaan. Anthony Edwards mendahului jaringan bagi Minnesota dengan 35 mata.
Kekalahan Minnesota datang hanya dua hari selepas kekalahan Tahun Baharu mereka kepada New York Knicks dan menandakan kali pertama musim ini Wolves (24-9) mengalami kekalahan berturut-turut.
Kemenangan keempat berturut-turut Pelicans sementara itu meletakkan mereka di tempat kelima dalam Western Conference ketika mereka berusaha untuk kembali ke playoff tahun ini selepas terlepas pada 2022-2023.
“Mereka adalah pasukan yang sangat bagus, mereka adalah pasukan terbaik dari segi pertahanan, dan bermain dengan baik secara ofensif, jadi untuk datang ke sini dan mendapat kemenangan menentang pasukan berbakat, dilatih dengan baik seperti Minnesota adalah besar bagi kami,” kata jurulatih Pelicans, Willie Green. – AFP
