LOS ANGELES, 2 MAC – Zion Williamson mempersembahkan aksi dominan ketika New Orleans Pelicans mengecewakan pendahulu liga, Utah Jazz dengan kemenangan 129-124 kelmarin.
Pemain Pelicans, Williamson menamatkan perlawanan dengan 26 mata, 10 rebound dan lima assist untuk memberikan New Orleans kemenangan ke atas pendahulu Western Conference, Jazz.
Persembahan yang dipamerkan daripada pemain berusia 20 tahun, membuatkan Williamson menjadi salah seorang pemain muda yang diinginkan apabila dia ditandatangani oleh New Orleans dua tahun lalu dengan pilihan pertama semasa menyenaraikan pemain.
Menentang Utah, pemain berketinggian enam kaki tujuh inci, menggunakan kekuatan fizikal dan kemahiran untuk mengucar-ngacirkan pertahanan Jazz. Jazz mendahului dengan sembilan mata dalam suku kedua tetapi ketinggalan 17 mata pada awal suku keempat setelah Pelicans berjaya mengejar kedudukan.
Walaupun Utah hampir kepada satu mata dengan perlawanan berbaki 47 saat, dua percubaan percuma Williamson mengembalikan Pelicans berada tiga mata di hadapan sebelum Josh Hart menambah jaringan selepas Mike Conley terlepas peluang untuk menambah mata Utah.
Jaringan Williamson menyamai mata dicatat Brandon Ingram, yang menamatkan perlawanan dengan 26 mata, sementara empat pemain Pelicans lain turut mencatat mata dua angka. – AFP
