Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelihara dan jaga imej semasa berhadapan pesakit

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 DIS – Semua warga Kementerian Kesihatan disarankan untuk sentiasa memelihara dan menjaga imej serta martabat profesionalisme terutama sekali mengamalkan etika kerja yang baik lagi terpuji semasa berhadapan dengan pesakit dan orang ramai.

    “Sentiasa bersifat sopan santun, sabar, prihatin, pemedulian dan bertindak dengan pantas, terutama sekali mereka yang sangat-sangat memerlukan bantuan yang segera dan seterusnya menyumbang ke arah kepuasan hati pelanggan serta patients’ experience yang lebih positif.”

    Saranan itu dibuat oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar dalam Sesi Dialog Awam (Town Hall) bagi pegawai dan kakitangan Kementerian Kesihatan yang bertugas di Daerah Brunei Muara yang berlangsung di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Dalam hubungan itu, Program Latihan Perkhidmatan Pelanggan yang dibahagikan kepada dua sub-program iaitu Perkhidmatan Pelanggan Asas serta Pengendalian Panggilan dan Etika Telefon, diharapkan dapat membantu membina keyakinan masyarakat dan orang ramai terhadap perkhidmatan penjagaan kesihatan yang disediakan dan membolehkan pencapaian kemahiran dapat dipertingkatan ke tahap profesionalisme masing-masing.

    Semua itu dapat memartabatkan lagi kualiti perkhidmatan perubatan dan kesihatan rakyat dan penduduk negara ke tahap yang lebih cemerlang, efisien dan efektif.

    YB Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham menyampaikan ucapannya di sesi dialog awam yang berlangsung di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Rabu.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda