Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelihara kedamaian dorong kemajuan manusia: Wang Yi

    BEIJING, 4 JULAI – China akan menggalakkan usaha menjunjung nilai insani, melaksanakan konsep keamanan baharu, dan berganding bahu dengan pelbagai negara untuk mewujudkan dunia yang senantiasa damai.

    Menteri Luar, Wang Yi berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Forum Kedamaian Dunia ke-9 di Universiti Tsinghua, Beijing, kelmarin.

    Menurut beliau, dalam perhimpunan meraikan ulang tahun ke-100 Parti Komunis China (PKC), Xi Jinping menegaskan PKC menumpukan kepada kesejahteraan, dan bersedia berganding bahu dengan semua pihak yang inginkan kemajuan.

    “PKC menjunjung tinggi pembangunan damai, keadilan dan kesaksamaan, dan kerjasama saling untung,” katanya.

    Memelihara dan mengamalkan multilateralisme adalah pendekatan terbaik untuk menyelesaikan masalah rumit, menangani cabaran keselamatan tradisi dan bukan tradisi, dan juga hala tuju yang tepat untuk merealisasikan keamanan berkekalan di dunia.

    Sementara itu, kata Wang, pelbagai pihak diharap bersama-sama mendepani cabaran global, mendorong penyelesaian isu hangat melalui saluran politik, di samping menentang segala tindak-tanduk yang boleh mencetuskan sengketa dan pertikaian.

    Forum bertemakan “kerjasama keamanan antarabangsa pasca pandemik COVID-19: menjaga dan mengamalkan multilateralisme’ itu disertai lebih 500 peserta secara dalam dan luar talian. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda