BANDAR SERI BEGAWAN, 11 April – Objektif pensyariatan Islam adalah untuk menjaga kemaslahatan manusia, maka umat Islam wajib menjaga lima perkara utama iaitu kelangsungan agama, diri, akal, keturunan dan harta, kata Setiausaha Tetap, Kementerian Kesihatan, Haji Abdul Manap bin Othman (kanan).
Oleh itu, menurut beliau lagi, penjagaan diri dan agama amat penting dan perlu dititikberatkan secara holistik termasuk memelihara diri daripada sebarang perkara yang boleh membahayakan serta memudaratkan. (Klik di sini untuk cerita lanjut)