Sabtu, 22 November 2025
Klik Lagi

    Pelihara kesihatan mata

    Dalam suasana kerja pada zaman ini, kita sering menggunakan peranti digital termasuk komputer dan telefon bimbit dalam urusan seharian di pejabat.

    Namun, tempoh penggunaan skrin komputer atau telefon yang berpanjangan boleh memberikan ketegangan pada mata kita dan menyebabkan ketidakselesaan, keletihan dan boleh menjejaskan kesihatan mata. Oleh itu, penulis ingin kongsikan ‘Formula 20-20-20’ yang dicipta oleh optometris dari California, Jeffrey Anshel dengan tujuan untuk merehatkan mata dan mencegah ketegangan mata.

    Untuk setiap 20 minit waktu kerja menggunakan skrin komputer, awda boleh berehat selama sekurang-kurangnya 20 saat.

    Semasa waktu rehat ini, alihkan pandangan awda dari skrin dan fokus pada objek yang jaraknya lebih kurang 20 kaki (atau kira-kira 6 meter) dari awda. Awda juga boleh mula fokus pada objek yang paling dekat dan perlahan-lahan bergerak ke objek yang semakin jauh.

    Sekiranya tempat kerja awda mempunyai tingkap dengan pemandangan hijau di luarnya sudah pasti boleh membantu merehatkan mata awda. Penulis sering melihat ke objek yang berwarna hijau atau ke dinding pejabat yang paling jauh dari tempat kerja semasa tempoh rehat 20 saat ini.

    Dengan mengamalkan formula mudah ini, awda memberikan mata awda peluang untuk berehat dan fokus semula kepada kerja dan sekali gus menjaga kesihatan mata awda.

    TanpaNama

    Gambar Freepik

    Kata Kunci

    Popular

    Sukan

    Pasukan bola keranjang lelaki MS SSBD mula langkah kiri

    DST Lancar Pelan Sewa Peranti Serba Baharu Bersama Mobi di Karnival...

    Juruterbang India maut semasa pertunjukan Dubai Airshow

    Berita Berkaitan

    Harga telefon, komputer dan gajet dijangka naik tahun hadapan

    TOKYO, 20 NOV - Para pembeli berpotensi berdepan harga...

    Pelakon lama berharap dapat terus bekerja – Sofia Jane

    Pelakon, Sofia Jane, 53, berterima kasih kepada penulis skrip...

    Kerajaan Denmark larang akses media sosial bagi kanak-kanak bawah 15 tahun

    COPENHAGEN, 9 NOV - Kerajaan Denmark pada Jumaat mengumumkan...

    Bersama lindungi nilai kemanusiaan dalam era digital

    Oleh Salawati Haji Yahya -  BANDAR SERI BEGAWAN, 3 NOV...

    Terkini

    Pasukan bola keranjang lelaki MS SSBD mula langkah kiri

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Juruterbang India maut semasa pertunjukan Dubai Airshow

    DUBAI, 21 NOV – Sebuah pesawat pejuang India terhempas...

    Yoon dituduh manipulasi siasatan kes anggota marin lemas

    SEOUL, 21 NOV - Bekas Presiden Korea Selatan, Yoon...

    Hampir 100 penumpang diselamatkan dari bot bocor di Thailand

    BANGKOK, 21 NOV — Pihak berkuasa maritim Thailand kelmarin...