Jumaat, 21 November 2025
Klik Lagi

    Pelihara kesucian tempat ibadah

    Kebelakangan ini saya cukup bimbang melihat kurangnya pemantauan terhadap para pelajar yang sering kali merokok di luar bangunan sekolah yang berdekatan dengan masjid di negara kita bahkan mereka juga saya dapati, sering melepak di dalam masjid tersebut.

    Fenomena ini merupakan penghinaan terhadap tempat suci dan nilai-nilai agama yang seharusnya dijunjung tinggi di negara yang mendukung agama Islam sebagai peringkat tertinggi dalam sistem bernegara.

    Pihak relevan, seperti sekolah, para pegawai masjid dan mana-mana pihak berwajib setempat, tampaknya sedikit lalai dalam menangani isu berkaitan kesihatan, moral dan kebimbangan orang awam ini.

    Pemantauan kelihatan tidak memadai manakala tindakan terhadap individu-individu yang melanggar norma dan tidak menghormati tempat ibadah ini juga agak lemah.

    Merokok merugikan kesihatan terutama dalam kalangan pelajar yang seharusnya diberikan pendidikan dan pemahaman tentang bahaya rokok.

    Gambar Freepik

    Namun kebanyakan para pelajar ini bebas berperilaku dengan kehendak mereka tanpa mengenal erti takut terhadap sebarang tindakan yang mungkin dikenakan oleh pihak yang berwajib.

    Justeru, merokok di sekitar masjid adalah tindakan yang tidak menghormati dan merendahkan tempat suci tersebut.

    Masjid di negara kita seharusnya menjadi tempat yang penuh keheningan, ketenangan dan pengabdian kepada Tuhan, bukan tempat untuk melepak atau melanggar aturan dengan merokok.

    Ini adalah tindakan yang mencerminkan kurangnya penghargaan terhadap nilai-nilai agama dan moral yang seharusnya diajarkan kepada generasi muda.

    Sehubungan itu, saya berpendapat tindakan tegas, pemantauan ketat serta pemasangan CCTV oleh pihak sekolah dan masjid perlu disegerakan di samping menetapkan peraturan larangan merokok di dalam atau persekitaran masjid.

    Selain itu, peranan ibu bapa dan masyarakat menangani masalah ini juga signifikan. Ibu bapa perlu memupuk kesedaran dan kefahaman kepada anak-anak mereka tentang bahaya rokok dan mengawasi anak-anak di luar sekolah.

    Masyarakat juga harus saling membantu dalam menyemai kesedaran dan mendidik pelajar mengenai pentingnya menjaga kesucian tempat ibadah.

    Dengan melibatkan semua pihak, kita dapat mencipta lingkungan masyarakat yang menghormati tempat ibadah sekali gus membentuk generasi muda yang lebih bertanggung jawab serta menghargai nilai-nilai agama Islam di negara kitani.

    Duta Kesucian

    Kata Kunci

    Popular

    Sukan

    Pasukan bola keranjang lelaki MS SSBD mula langkah kiri

    DST Lancar Pelan Sewa Peranti Serba Baharu Bersama Mobi di Karnival...

    Juruterbang India maut semasa pertunjukan Dubai Airshow

    Berita Berkaitan

    Bengkel tingkat kefahaman pengurusan jenazah

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 NOV – Kullu Nafsin Zaiqatul...

    Hari Keluarga sempena 59 Tahun penubuhan MHBPT

    Oleh Salawati Haji Yahya TUTONG, 17 NOV - Dalam usaha...

    Masjid Yayasan rai penubuhan ke-25

    Oleh Yusrin Junaidi - BANDAR SERI BEGAWAN, 16 NOV –...

    Masjid YSHHB anjur kempen kebersihan

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 12 NOV -...

    Terkini

    Pasukan bola keranjang lelaki MS SSBD mula langkah kiri

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Yoon dituduh manipulasi siasatan kes anggota marin lemas

    SEOUL, 21 NOV - Bekas Presiden Korea Selatan, Yoon...

    Juruterbang India maut semasa pertunjukan Dubai Airshow

    DUBAI, 21 NOV – Sebuah pesawat pejuang India terhempas...

    Hampir 100 penumpang diselamatkan dari bot bocor di Thailand

    BANGKOK, 21 NOV — Pihak berkuasa maritim Thailand kelmarin...