Wednesday, July 16, 2025
32.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelik tapi benar: empat hotel unik di Asia Tenggara

    Oleh Adiiwira

    Ketika dunia global masih di bawah ancaman COVID-19, impian kita untuk melakukan pelancongan keluar negara hanya tinggal impian semata-mata kerana sempadan negara yang masih ditutup.

    Penutupan sempadan ini dilakukan bukanlah untuk mengehadkan pergerakan orang ramai yang tertumpu dalam negara, bahkan ia dilakukan demi membendung penularan wabak yang diimport dari luar negara. Walau bagaimanapun, orang ramai masih dapat melakukan aktiviti pelancongan domestik seperti melakukan lawatan ke daerah-daerah, tinggal di hotel-hotel tempatan dan sebagainya.

    Memang tidak dinafikan, perasaan ingin melancong keluar negara memang ada wujud di hati dan fikiran kita, namun demi keselamatan diri sendiri dan orang sekeliling kita jauh lebih penting dari memenuhi kehendak hati kita. Dan sesuatu yang hanya mampu kita lakukan adalah membuat pelan untuk melakukan pelancongan ke destinasi yang diidamkan setelah wabak sudah mereda.

    Dalam ruangan ini, penulis mengongsikan empat buah hotel yang terunik di Asia Tenggara yang mungkin menjadi senarai para pembaca untuk dilawati:

    Padjajaran Anyar Skylodge, Indonesia

    Dalam melakukan aktiviti pelancongan, menurut pandangan penulis sendiri dapat dibahagikan kepada dua golongan iaitu pertama, golongan yang melancong untuk membeli-belah dan kedua, golongan yang melancong untuk melakukan lawatan dan percutian. Tempat tinggal yang penulis kongsikan ini mungkin bersesuaian dengan golongan yang kedua terutama sekali bagi mereka yang suka pada sukan lasak.

    Padjajaran Anyar Skylodge terletak di tebing tinggi kawasan Gunung Parang, Puwakarta, Jawa Barat pada ketinggian kira-kira 500 meter di atas permukaan tanah. – Agensi
    Tubotel merupakan tempat penginapan yang berkonsepkan pemandangan laut dengan reka bentuk biliknya berbentuk bulat yang dibina dari simen yang dicat berwarna-warni. – Agensi
    Crazy House yang dibangunkan oleh seorang arkitek Vietnam bernama Dang Viet Nga pada tahun tahun 1990. – Agensi
    Rosewood Luang Prabang merupakan satu-satunya destinasi percutian mewah di Laos. – Agensi

    Hal ini kerana, hotel yang dimaksud-kan oleh penulis ini tergantung di tebing tinggi kawasan Gunung Parang, Puwakarta, Jawa Barat pada ketinggian kira-kira 500 meter di atas permukaan tanah. Di mana hotel gantung yang dibuka pada orang awam pada sekitar akhir Oktober 2017 telah mengatasi skylodge di Peru yang hanya tergantung pada ketinggian 122 meter di atas permukaan tanah.

    Hotel gantung ini juga menyediakan pelbagai kemudahan seperti tempat tidur, alat penyaman udara, jamban, televisyen, wi-fi, elektrik dan sebagainya. Dinding dan lantai tempat penginapan ini diperbuat daripada polycarbonat yang membolehkan para penginapnya melihat pemandangan yang ada di sekeliling dari dalam tempat penginapan.

    Apa yang lebih menarik mengenai tempat ini, bagi yang ingin menginap di kawasan ini harus terlebih dahulu memanjat tebing sekitar 500 meter dan selanjutnya memanjat secara horizontal sejauh 100 meter untuk sampai ke destinasi dengan bantuan tenaga profesional. Para pembaca tidak perlu khuatir, keselamatan pengunjung selama pendakian akan dijamin, di mana para pengunjung akan dibekalkan pelbagai kelengkapan untuk mendaki. Sangat unik dan mencabar, adakah hotel ini termasuk dalam senarai tempat yang hendak dikunjungi?

    Crazy House, Vietnam

    Tempat penginapan kedua yang dikongsikan oleh penulis ini terletak di Vietnam. Negara ini sememangnya dikenali memiliki tempat lawatan yang beragam dan menarik. Tidak terkecuali dengan Crazy House yang dibangunkan oleh seorang arkitek Vietnam bernama Dang Viet Nga pada tahun tahun 1990.

    Nama asal tempat penginapan ini ialah Hang Nga Guesthouse yang memiliki reka bentuk bangunan yang unik seperti sebuah rumah dongeng yang terinspirasi dari struktur alam dan lingkungan di sekitarnya. Oleh sebab keunikannya, rumah penginapan ini menjadi tumpuan para pelancong yang berkunjung untuk mengambil gambar.

    Menurut buku Secret Marvels of the World: 60 Extraordinary Places You Never Knew Existed and Where to Find Them, tempat tidur yang ada di sana berbentuk seperti kuali. Jendelanya berjejer sedemikian rupa seperti jaring laba-laba. Setiap ruangan dirancang serupa gua dan memiliki tema binatang yang berbeza.

    Tubotel, Malaysia

    Malaysia merupakan negara yang paling ramai dikunjungi oleh rakyat kita terutama di Semenanjung Malaysia. Hal ini kerana di sana memiliki pelbagai tempat yang menarik untuk dikunjungi dan pelbagai jenis makanan boleh kita nikmati di 11 buah negerinya.

    Bagi pelancong yang suka melakukan lawatan dan percutian biasanya memilih Melaka, Pulau Langkawi di Kedah dan Pulau Pinang sebagai tempat lawatan. Seperti mana tempat penginapan yang penulis kongsikan ini sangat unik dan menarik untuk dilawati. Jika dilihat dari gambar,mungkin sesetengah kita akan menyangka lokasinya bukan di Malaysia tetapi di negara-negara Barat. Namun, tanggapan itu salah kerana Tubotel ini terletak di Pulau Langkawi, Kedah.

    Tubotel merupakan tempat penginapan yang berkonsepkan pemandangan laut dengan reka bentuk biliknya berbentuk bulat yang dibina dari simen yang dicat berwarna-warni. Tubotel ini merupakan tempat yang sesuai bagi yang meminati pemandangan laut dan melakukan percutian untuk menenangkan fikiran.

    Rosewood Luang Prabang, Laos

    Penginapan yang seterusnya ini, terletak tersembunyi di hutan hijau yang subur yang mengelilingi penempatan kerajaan bersejarah abad ke-14, Luang Prabang.

    Para tetamu akan dikelilingi persekitaran semula jadi yang hampir tidak tersentuh.

    Rosewood Luang Prabang merupakan satu-satunya destinasi percutian mewah yang memiliki keunikan, elemen yang diilhamkan oleh tradisi Lao dan gaya kolonial Perancis, dari reka bentuk dan seni bina hingga penggunaan bahan asli dan karya seni yang diilhamkan oleh tempatan.

    Tetamu akan mempunyai pilihan antara lapan vila mewah, tiga vila taman, enam vila kolam renang peribadi dan lima khemah mewah. Rosewood Luang Prabang mempunyai tiga persekitaran tempat makan di tepi sungai yang berbeza dengan konsep pertanian-kemeja kontemporari.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda