Pelik tapi benar: penemuan tanpa sengaja

Oleh Adiiwira

Menemukan atau menciptakan sesuatu yang baharu, setentunya secara automatik menjadikan kita sebagai seorang perintis. Namun, dalam proses penciptaan sesuatu yang baharu ini bukanlah satu perjalanan yang mudah. Setentunya kita akan mengalami kegagalan pada mulanya dan mencari jalan untuk menghasilkan penemuan kita.

Dalam kehidupan kita pada masa kini, tidak mustahil terdetik di dalam fikiran kita bagaimana sesuatu yang kita gunakan selama ini diciptakan atau ditemukan. Adakah ia dicipta secara dirancang atau secara tidak senghaja? Atau adakah terhasilnya penciptaan ikut mengikut apa yang dimahukan?

Dalam ruangan kali ini, penulis ingin mengongsikan penemuan-penemuan sesuatu yang dilakukan tanpa tidak sengaja:

Ketuhar gelombang mikro

Ketuhar gelombang mikro setentunya peralatan dapur yang tidak asing dalam kehidupan seharian kita pada masa kini. Mungkin sesetengah orang ada yang memiliki dan sesetengahnya juga mungkin tidak. Namun, kita mengetahui fungsi ketuhar gelombang mikro ini sebagai menghangatkan makanan kita yang sejuk. Walau bagaimanapun, pernahkah para pembaca terfikir bagaimana ia diciptakan?

Sebenarnya ketuhar gelombang mikro ini diciptakan tanpa sengaja. Kisah penciptaan benda ini bermula sekitar tahun 1945 ketika seorang pekerja di sebuah kontraktor ketenteraan utama (Raytheon) di Amerika Syarikat, bernama Percy Spencer ditugaskan untuk meneliti sebuah mesin yang dapat mengesan kapal terbang musuh pada Perang Dunia Kedua.

Ketuhar gelombang mikro ditemui secara tidak sengaja oleh Percy Spencer sekitar tahun 1945. – Agensi
Rontgen meminta isterinya sendiri untuk menjadi percubaan pertama dengan mengimbas tangannya. – Agensi
Penemuan bijiran jagung ini terhasil oleh Kellog. – Agensi
Penciptaan aiskrim atau ‘frozen lolly-pop’ bukanlah sesuatu yang dirancang oleh penciptanya malah ia dicipta secara tidak sengaja. – Agensi

Tanpa disedari Spencer, mesin tersebut mencairkan coklat yang berada di dalam saku bajunya yang terkena gelombang mikro yang terpancar dari mesin tersebut. Mengikut pembacaan penulis, selepas kejadian tersebut Spencer mula mencuba membuat mesin ketuhar gelombang mikro dengan percubaan pertamanya dengan membuat popcorn.

Setelah beberapa kali percubaan serta menyempurnakan mesinnya, akhirnya pada 8 Oktober 1945, Raytheon mengajukan permohonan perolehan hak cipta dari kerajaan AS untuk ciptaan tersebut.

Bijirin jagung

Bijiran jagung merupakan salah satu makanan yang disyorkan untuk dimakan ketika waktu sarapan. Namun, tidak ada yang menyangka bahawa makanan yang bergizi ini diciptakan oleh penciptanya secara tidak sengaja.

Penemuan bijiran jagung ini terhasil daripada kegagalan dalam proses pembuatan roti pada tahun 1894. Di mana, Will Keith Kellogg yang membantu abangnya John Harvey Kellogg untuk menemukan formula diet pada pesakitnya. Sebagaimana yang dijelaskan, kegagalan membuat adunan roti itu adalah akibat Kellogg membiarkannya mengembang.

Setelah mereka kembali untuk memeriksa, ternyata adunan tersebut menjadi basi dan mengeras. Akibat daripada bajet yang terbatas, mereka memasukkan adunan basi tersebut ke mesin penggiling dan berharap mendapat adunan memanjang. Namun adunan tersebut menjadi pecah dan remuk. Lalu mereka membakarnya di dalam ketuhar dan menghidangkannya kepada para pesakit.

Tidak disangka ciptaan gagal mereka disukai para pesakit dan akhirnya mereka mendaftarkan ciptaan mereka dengan nama Corn Flakes pada tahun 1894 dan mendapatkannya pada tahun 1896.

X-ray

Setentunya kita mengetahui apa itu mesin X-ray dan juga apa fungsinya. Mesin ini merupakan salah satu alat terpenting yang mesti ada di sebuah rumah sakit bagi memudahkan melakukan diagnosis masalah dalaman yang dihadapi oleh para pesakit.

Willhelm Conrad Rontgen merupakan pencipta mesin X-ray secara tidak sengaja. Penemuan mesin ini berlaku pada tahun 1895, di mana pada ketika itu Rontgen sedang sibuk di makmalnya melakukan eksperimen dengan beberapa tabung kutub negatif elektrik miliknya. Rontgen pada mulanya berniat untuk melakukan penyelidikan tentang bagaimana proses elektrik melalui gas. Kemudian dia mengisi gas khusus ke dalam tabung tersebut dan membiarkan aliran arus elektrik bertegangan tinggi melalui gas di dalam tabung itu.

Hasilnya pun mengejutkan Rontgen, dia melihat layar yang berjarak beberapa meter dari tabung tersebut tiba-tiba memancarkan cahaya hijau dan berpendar. Padahal saat itu, tabung katode dikelilingi oleh kadbod tebal berwarna hitam.

Rontgen akhirnya mengetahui bahawa percubaannya tersebut boleh digunakan untuk menciptakan sebuah alat yang boleh menghasilkan sinar tidak terlihat atau X meskipun dihalangi oleh benda. Rontgen segera meminta isterinya sendiri untuk menjadi percubaan pertama dengan mengimbas tangannya. Setelah percubaan melihat tulang tangan isterinya, akhirnya setahun kemudian, mesin X-Ray ciptaan Rontgen mulai mengisi kebanyakan rumah sakit untuk mendiagnosis patah tulang.

Aiskrim

Pada ketika cuaca panas, memang enak jika kita memakan aiskrim kerana ia mampu menyejukkan leher kita yang kering. Bahkan aiskrim tidak hanya dikonsumsi oleh orang ramai pada cuaca panas, kini aiskrim dimakan pada bila-bila masa sahaja.

Namun tidak disangka, penciptaan ais krim ini bukanlah sesuatu yang dirancang oleh penciptanya. Malahan ia dicipta secara tidak sengaja. Mengikut pembacaan penulis, ais krim atau lebih dikenali dulu sebagai ‘frozen lolly-pop’ dicipta buat pertama kali secara tidak sengaja oleh budak berumur 11 tahun bernama Francis William ‘Frank’ Epperson pada tahun 1905.

Kisahnya bermula ketika Frank lupa dia meninggalkan wadah berisi larutan serbuk soda berperisa lemon dengan tongkat pencampurnya di beranda rumahnya di Oakland, California. Wadah itu ditinggalkan semalaman di tengah cuaca dingin pada malam dan secara tidak sengaja aiskrim pun tercipta. Pada tahun 1923, Frank memperkenalkan aiskrim kepada para pemadam kebakaran di California. Merasa khuatir orang lain mencuri ideanya, Frank kemudian mendaftarkan penciptaannya pada tahun 1924 dengan jenama Epsicle yang dijual di taman permainan Neptune Beach.

Sejak saat itu, Epsicle dikenal dengan nama ‘Popsicle’ yang dijual oleh Popsicle Corporation. Namun, enam bulan setelah mendaftarkan Popsicle, perusahaan Good Humor (terkenal dengan produk Wall’s) menuntut Frank karena dianggap meniru konsep aiskrim mereka. Akhirnya pada 1925, Frank setuju untuk membayar sejumlah wang pada Good Humor. Hal tersebut membuat Frank kecewa sehingga menjual Popsicle Corporation kepada Joe Lowe Company di New York pada tahun yang sama. Pada 1989, akhirnya nama ‘Popsicle’ dibeli hak ciptanya oleh Good Humor, anak perusahaan Unilever. Hingga sekarang, popsicle telah melalui banyak perubahan dengan satu tujuan memuaskan dahaga di tengah panas dengan kesegaran.