Wednesday, March 19, 2025
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelissier tinggalkan Lorient

    RENNES, PERANCIS, 27 JUN – Kelab Ligue 1 Perancis, Lorient mengumumkan mengenai peletakan jawatan jurulatih Christophe Pelissier selepas tiga tahun mengendalikan kelab tersebut, kelmarin.

    Pelissier, 56, memimpin Lorient untuk kembali menduduki tempat teratas dalam musim kejohanan 2019 dan 2020 yang terjejas oleh wabak COVID, tetapi kelab tersebut menang tipis untuk keluar dari zon penyingkiran dalam tempoh dua tahun tersebut sejak kembali ke kejohanan Ligue 1.

    Menurut Lorient, jurulatih baharu akan dilantik pada hari ini. Menurut sumber kelab tersebut, pengarah akademi dan ketua pasukan simpanan, Regis Le Bris disenaraikan sebagai calon untuk mengganti Pelissier.

    Sementara itu, empat pasukan akan disingkirkan di penghujung kempen kejohanan 2022 dan 2023 ini, dengan hanya dua yang mara, setelah Ligue 1 mengurangkan jumlah kelab daripada 20 kepada 18. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda