Wednesday, July 16, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelitup muka: Kitani bila lagi?

    Merujuk surat pembaca bertajuk Longgarkan Mandat Penggunaan Pelitup Muka oleh AM yang disiarkan dalam Media Permata bertarikh 17 Ogos 2022.

    Saya amat bersetuju dengan pendapatnya untuk melonggarkan mandat penggunaan pelitup muka berikutan kes COVID semakin terkawal di negara ini.

    Seperti yang dijelaskan beliau, bukanlah bererti pandangan melonggarkan pemakaian pelitup muka ini untuk dimansuhkan sepenuhnya namun hanya dimandatkan bagi sesetengah kes sahaja seperti bagi mereka yang mengalami simptom demam semasa berada di tempat-tempat awam.

    Malah COVID ini sudah dianggap demam biasa dan tidak lagi menjadi berita hangat seperti dua tahun sebelum ini.

    Baru-baru ini saja, saya melakukan perjalanan ke luar negara atas sebab pekerjaan ke negara jiran dan merasa agak janggal memakai pelitup muka kerana rata-rata masyarakat di sana tidak lagi memakainya.

    Demi keselamatan diri dan berasa was-was saya tetap memakainya buat seketika, namun setelah itu saya membukanya dan berasa sedikit lega berjalan tanpa pelitup muka.

    Alhamdulillah, setakat ini tiada sebarang gejala yang dialami sehingga ke hari ini.

    Malah ketika pulang ke Brunei, saya berasa sedikit aneh dengan pemakaian pelitup muka ini dan terfikir bila agaknya negara kita akan melonggarkan lebih meluas lagi mandat pemakaian pelitup muka ini. Justeru itu, diharap pihak relevan boleh memikirkan perkara ini untuk dilaksanakan dalam masa terdekat.

    Malahan dengan kadar vaksinasi tinggi dicapai negara seperti diumumkan baru-baru ini, ia sudah mencukupi untuk melindungi rakyat dan penduduk.

    Pengembara

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda