Sunday, May 11, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pelitup muka: Situasi akan terus dipantau

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 SEPT – Walaupun pemakaian pelitup muka sudah tidak lagi diwajibkan bermula 15 September ini, Jawatankuasa Pandu COVID-19 akan terus memantau dan meneliti situasi dengan kes-kes yang ada dalam negara ini serta akan mengumumkan jika adanya perubahan.

    Perkara itu ditekankan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah pada sesi soal jawab semasa sidang media di Ke-menterian Kesihatan, hari ini.

    Beliau berkata, sudah tiba masanya kita mengurangkan langkah kawalan dengan tidak mewajibkan pemakaian pelitup muka, setelah kita berada dalam norma baharu dan melihat kepada jumlah kes yang tidak begitu meningkat.

    Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar pula menjelaskan, dengan kadar vaksinasi dan imuniti yang tinggi di negara ini, pemakaian pelitup muka bukan lagi tidak digunakan tapi ia tidak lagi mandatori.

    “Jadi dilihat di beberapa negara jiran, pemakaian pelitup muka sudah tidak lagi mandatori tetapi masih ramai yang memakainya yang mana ia adalah bagus.

    “Apa yang kita mahu adalah tanggungjawab masing-masing dan memantau penularannya dan kalau rasanya ragap hati untuk memakainya, pakailah dan ia tidak dilarang tetapi ia hanya tidak diwajibkan lagi,” ujar beliau.

    Walau bagaimanapun, tambah beliau, jika penganjur sesuatu majlis perkahwinan memastikan pemakaian pelitup muka dan membuat ujian pantas antigen (ART), mestilah diikut kerana itu kemahuan mereka, tetapi bukan mandatori daripada kerajaan.

    Kedua-dua Yang Berhormat Dato turut menjelaskan mengenai penumpang penerbangan dan pengangkutan awam, yang mana menurut mereka, ia bergantung kepada peraturan syarikat masing-masing.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan dan Yang Berhormat Menteri di JPM dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua semasa sidang media, kelmarin. – Gambar oleh Syahmi Hassan
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda