Pelombong emas terperangkap ditemui maut

JOHANNESBURG, 8 DIS – Empat pelombong emas yang terperangkap di bawah tanah selepas gegaran yang berpunca daripada runtuhan batu di timur laut Afrika Selatan telah ditemui mati, menurut kesatuan mereka hari ini.

Bagaimanapun, pelombong kelima yang mengalami kecederaan serius berjaya diselamatkan selepas kemalangan berlaku di Lombong Tau Lekoa di Orkney, kata Kesatuan Kebangsaan Pekerja Lombong (NUM).

“Empat pekerja lombong ditemui mati. Orang terakhir yang dihubungi berkata: ‘Kami sesak nafas, tolong berikan kami oksigen’,” kata Presiden NUM, Joseph Montisetse. – AFP