RUSIA – Igor Akinfeev, penjaga gol terbaik Rusia dalam generasinya dilihat mahu menebus semula kekecewaannya apabila dia akan beraksi di laman sendiri, yang mungkin Piala Dunia terakhirnya. Penjaga gol berasal dari Moscow itu merupakan kapten pasukan yang sangat dihormati dalam sebuah pasukan yang terjejas oleh kecederaan dan perlukan bimbingan menjelang sepak mula 14 Jun nanti.

